Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

penulisan kreatif

Hari Lahir

Semoga dengan pertambahan angka usia dapat menambahkan lagi pengalaman hidup, ilmu serta kematangan diri dalam menempuh dugaan hidup yang semakin mencabar ini.

Ingatlah, tiadanya gunanya..
 Ilmu tanpa amal
 Hati tanpa menilai
 Mata tanpa melihat
 Akal tanpa berfikir
 Iman tanpa amal
 Sempurna anggota tanpa di guna ke arah kebaikan.
 Mulut tanpa berdakwah.
 Telinga tanpa mendengar
 Umur tanpa amalan.

Teruskanlah hidup walaupun seribu dugaan mendatang,
Sejuta rintangan yang melanda bak ombak tsunami yang menghempas pantai…walaupun diduga seperti gempa bumi…
hadapilah segala-galanya dengan tabah tanpa sebarang rungutan…
sebaliknya ucapkanlah kalimah Alhamdulillah kerana setiap dugaan mematangkan diri seseorang dalam menghadapi dugaan yang mendatang…

Tetapkanlah matlamat hidup yang sebenar…
Kerana perjuangan masih belum selesai…
Janganlah kita terdiri daripada golongan `Melayu Mudah Lupa’… Tapi jadilah manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang…
Dalam menuju Wawasan 2020

No comments:

Post a Comment