Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

penulisan kreatif

Hari Lahir

Semoga dengan pertambahan angka usia dapat menambahkan lagi pengalaman hidup, ilmu serta kematangan diri dalam menempuh dugaan hidup yang semakin mencabar ini.

Ingatlah, tiadanya gunanya..
 Ilmu tanpa amal
 Hati tanpa menilai
 Mata tanpa melihat
 Akal tanpa berfikir
 Iman tanpa amal
 Sempurna anggota tanpa di guna ke arah kebaikan.
 Mulut tanpa berdakwah.
 Telinga tanpa mendengar
 Umur tanpa amalan.

Teruskanlah hidup walaupun seribu dugaan mendatang,
Sejuta rintangan yang melanda bak ombak tsunami yang menghempas pantai…walaupun diduga seperti gempa bumi…
hadapilah segala-galanya dengan tabah tanpa sebarang rungutan…
sebaliknya ucapkanlah kalimah Alhamdulillah kerana setiap dugaan mematangkan diri seseorang dalam menghadapi dugaan yang mendatang…

Tetapkanlah matlamat hidup yang sebenar…
Kerana perjuangan masih belum selesai…
Janganlah kita terdiri daripada golongan `Melayu Mudah Lupa’… Tapi jadilah manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang…
Dalam menuju Wawasan 2020

Wednesday, March 2, 2011

3. Adalah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?

Penggunaan tatabahasa dalam penulisan kebanyakkan masih tidak mematuhi peraturan berbahasa yang betul. papan tanda serta poster di jalan raya majoriti tidak menggunakan tatabahasa yang betul

2. Perlukan kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Kesemua genre penulisan perlu mematuhi peraturan bahasa kerana bahasa yang betul akan memudahkan pembaca membaca bahan penulisan yang digarap. Perkara yang diberi penekanan ialah pola keselarasan huruf vocal, ejaan kata pinjaman,ejaan kata dasar dan kata terbitan.Ini memudahkan pembaca membaca genre penulisan yang ditulis.

1. Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?


Penggunaan bahasa yang betul itu tidak semestinya dengan melontarkan kata-kata dengan bahasa-bahasa yang indah dan jarang didengar, tetapi cukup sekadar menulis dengan menggunakan hukum penulisan dengan betul. Penggunaan tatabahasa yang betul, penggunaan huruf besar atau huruf kecil di tempat yang sewajarnya,  dan pelbagai lagi yang perlu diambil kira.
Kepentingan bahasa penulisan terbukti kalau kita perhatikan kepada cara Alfred Hitchcock bekerja. Kalau kita berpeluang membaca lakon layar untuk filem-filemnya seperti North by Northwest misalnya memperlihatkan keperincian bahasa penulisan sehingga caranya dianggap sebagai legendary dan unique sehingga kerja-kerja penggambaran menjadi soal technicality semata-mata.